Sempena dengan penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), setiap premis kediaman akan menerima Tong Sampah Beroda berkapasiti 120 liter manakala premis perniagaan berkapasiti 240 liter secara PERCUMA.
Pengedaran Tong Sampah Beroda diedarkan oleh MPN dan dibantu oleh AJK KRT Taman Bukit Sri Senawang.
Butiran kutipan / pengedaran Tong Sampah adalah seperti berikut : :
- Tarikh : 16hb. Disember 2012 (Ahad)
- Lokasi : Kawasan Lapang Rumah Kedai Bukit Sri Senawang.
- Masa : 10.00 pagi ~ 6.00 petang.
Berikut disertakan gambar aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut.
![]() |
KRT membantu mengisi borang pendaftaran Tong Sampah Percuma kepada penduduk yang memerlukan bantuan. . |
![]() |
Pekerja MPN memeriksa borang permohonan sebelum memberi nombor giliran. |
![]() |
Pendaftaran dibuat setelah borang permohonan lengkap. |
![]() |
Keadaan penduduk ketika menunggu no giliran dipanggil. Keadaan terkawal dengan adanya pemantauan AJK KRT Taman Bukit Sri Senawang |
![]() |
Tong Sampah Beroda berkapasiti 120 liter (diberi PERCUMA) kepada setiap penduduk taman |
![]() |
Penduduk taman turun beramai-ramai untuk mendapatkan tong sampah. |
![]() |
Selesai urusan.. Dapat Tong Sampah... |
Kepada penduduk yang gagal hadir pada hari tersebut, sila berhubung terus dengan MPN untuk mendapatkan Tong Sampah Beroda di talian 1-800-88-7472 atau 06-6314715.
Kepada semua penduduk yang hadir, ribuan terima kasih diucapkan kerana meluangkan masa serta memberi kerjasama penuh untuk menjyakan program ini.
No comments:
Post a Comment